Ikuti Kami:

“‘All Of Us Are Dead 2’ Ke..” – Influencer Hijabi M’sia Dedah Bakal Berlakon Drama Pertama Di Korea

“‘All Of Us Are Dead 2’ Ke..” – Influencer Hijabi M’sia Dedah Bakal Berlakon Drama Pertama Di Korea

Siapa tak kenal Sabrina yang bergerak di bawah nama akaun ‘jpbrinx’ di TikTok dan Twitter?

Bermula sebagai pelajar di Korea, gadis itu menjadi inspirasi ramai anak muda di Malaysia yang sekian lama mengimpikan kehidupan di negara K-Pop itu. Malah Sabrina pernah bernaung di bawah satu agensi di sana bagi mengembangkan kariernya dalam dunia hiburan.

Terbaru, gadis tersebut mendedahkan bahawa dia bakal menyertai drama Korea pertamanya tak lama lagi. Walaupun tak mendedahkan sebarang informasi lanjut namun sepertinya Sabrina bakal berlakon dalam drama genre remaja kerana dia berpakaian baju sekolah.

Komen pengikutnya,

Hijabi dalam K-Drama? Saya bangga dengan awak.

 

Kenapa saya rasa macam dia akan berlakon ‘All Of Us Are Dead 2’.

 

Masya Allah, ini rezeki awak. Jangan lupa tutup aurat tu.

 

Tak sabar nak tengok.

 

Nampak awak boleh berjaya tanpa mengubah diri sendiri.

Korang agak-agak Sabrina berlakon apa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...