Pelakon Bergambar Rai Kejayaan, Filem ‘Broker’ Cecah Lebih 1 Juta Penonton Selepas 10 Hari Tayangan
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Filem baharu “Broker” yang memenangi anugerah berjaya cecah ‘box office’!
Baru-baru ini, CJ ENM mengumumkan bahawa, “Broker” secara rasminya telah melebihi 1 juta penonton wayang walaupun hanya selepas 10 hari tayangan filem tersebut dilancarkan.
Sebagai penghormatan kepada filem yang mencecah angka 1 juta, bintang-bintang filem “Broker” iaitu IU, Song Kang-ho, Kang Dong-won, dan Lee Joo-young bergambar untuk meraikan kejayaan tersebut bersama pengarah filem, Koreeda Hirozaku.
Terbaru, Song Kang-ho juga melakar kejayaan apabila mencipta sejarah di Festival Filem Cannes dengan memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk persembahan lakonannya dalam “Broker” yang mana turut menjadikannya lelaki Korea pertama yang pernah memenangi anugerah lakonan di festival filem bersejarah itu.
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan krew filem itu atas pencapaian hebat ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




