Ikuti Kami:

Pelakon Adakan Reunion Bersama, ‘Hospital Playlist’ Akan Kembali Dengan Musim Ke-3?

Pelakon Adakan Reunion Bersama, ‘Hospital Playlist’ Akan Kembali Dengan Musim Ke-3?

Ada tak yang inginkan drama “Hospital Playlist” kembali dengan musim ketiga?

Terbaru, pelakon “Hospital Playlist” iaitu Jo Jung-suk, Kim Dae-myung, Jung Kyung-ho, Shin Hyun-bin dan Ahn Eun-jin telah mengadakan perjumpaan bersama bagi memperingati hari istimewa, bersama dengan pengarah Shin Won-ho.

Menerusi Instagram Ahn Eun-jin, pelakon itu berkongsi foto reunion pelakon “Hospital Playlist” sempena meraikan ulang tahun pertama pengakhiran musim kedua drama itu. Dia turut menulis kapsyen,

Ulang tahun pertama ‘Hospital Playlist’ saya. Sudah setahun.

hospital playlist reunion

Melihat perjumpaan semula semua pelakon itu, ramai penonton berharap agar “Hospital Playlist” akan kembali dengan musim ketiga.

Untuk pengetahuan, sebelum ini, pengarah Shin Won-ho pernah mendedahkan bahawa masih tiada sebarang rancangan untuk penghasilan musim ketiga “Hospital Playlist”.

Korang nak tak musim ketiga?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...