Isu membunuh pastinya akan menjadi sesuatu yang mengejutkan..
Pada 12 Julai, saluran berita Korea melaporkan bahawa seorang pelajar Sekolah Menengah (17) di Polis Daejeon, sedang disiasat kerana membunuh rakan sekelasnya.
Untuk pengetahuan, pelajar itu dilapor pergi melawat rakan sekelasnya selepas sekolah dan mencekiknya sehingga mati. Siasatan polis juga mendapati pelajar itu mengunjungi rumah mangsa untuk bercakap tentang sesuatu, sebelum membunuhnya.
Selain itu, laporan menyatakan bahawa selepas melakukan pembunuhan tersebut, pelajar itu terus menyerahkan dirinya kepada polis selepas percubaan membunuh diri yang gagal. Polis menyatakan bahawa mereka akan meminta waran tangkap, selepas melakukan siasatan lebih lanjut.

Gambar hanya sekadar hiasan
Menurut pihak polis,
Kami sedang menyiasat butiran sebenar kes jenayah itu. Kami akan meminta waran tangkap sebaik sahaja siasatan selesai.
Nantikan maklumat lanjut..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉