Peminat pasti tahu bahawa sebelum ini, Jung-kook sudah beberapa kali memberi amaran agar tidak mencerobohi privasinya, terutamanya apabila di luar jadual bekerja.
Terbaru, ARMY di Korea percaya mereka telah menemui akaun media sosial orang yang pernah menghantar makanan ke rumah Jung-kook pada awal Mei lalu iaitu @/chu02859.
Menerusi hantaran di Instagram tersebut, individu itu telah menyiarkan beberapa pesanan ngeri buat ahli BTS itu dengan imej pisau. Dia juga turut menulis ancaman bunuh,
Saya akan bunuh Jung-kook. Tunggu sahaja.
Selain itu, individu berkenaan turut mengaku bahawa memang benar dialah yang menghantar makanan ke rumah Jung-kook dan menyatakan rasa kesalnya kerana idola itu enggan memakannya.
Oleh itu, peminat yang bimbang dengan ugutan bunuh ini, terus mendesak HYBE dan Bighit Music untuk melindungi artis mereka, dengan menghantar e-mel dan segala butiran yang penting bagi menangkap pengancam tersebut.
Here is the evidence from what they have posted on social media. Also, I’ve attached the ip address from their instagram account which seems to be from Indonesia.
INSTAGRAM: @/chu02859
TWITTER: @/sunyong_vWe request you to act upon this matter urgently.
Regards,
ARMY. pic.twitter.com/WXuhEryYyR— kiki🥢🪐 (@kikijxxn) May 14, 2023
Pada masa yang sama, hashtag #ProtectJungkook telah trending di Twitter dengan lebih 14 ribu hantaran.
Haihh…semoga keselamatan Jung-kook sentiasa terjamin.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉