Ikuti Kami:

Pecah Rekod ‘Reply 1988’, ‘Queen Of Tears’ Capai Rating Tontonan Ke-3 Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Pecah Rekod ‘Reply 1988’, ‘Queen Of Tears’ Capai Rating Tontonan Ke-3 Tertinggi Dalam Sejarah tvN

“Queen Of Tears” telah berjaya mencipta rekod baru.

Pada 7 April, drama romantik terkenal yang diterajui oleh Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won iaitu “Queen Of Tears” telah mencapai rating tontonan tertinggi mereka.

Di mana, menurut Nielsen Korea, episod terkini drama itu yang disiarkan pada 7 April telah mendapat rating sebanyak 19%, sekaligus menjadikannya sebagai drama yang paling banyak ditonton pada hari Ahad.

Dalam masa yang sama, rating tersebut bukan sahaja telah menjadi rekod persendirian tertinggi drama tersebut, malah, “Queen Of Tears” juga telah berjaya memecahkan rekod yang dicipta oleh drama “Reply 1988” dan mendapat rating ketiga tertinggi dalam kalangan drama keluaran tvN.

queen-of-tears-hyunwoo-family

Kini, kedudukan “Queen Of Tears” hanya berada di belakang drama terkenal, “Crash Landing On You” dan “Goblin”, yang mana kedua-duanya telah berjaya memecah rekod rating melebihi 20%.

Korang dah tonton ke belum episod terkini “Queen Of Tears”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sport Kyunghyang

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...