Biar betul?

Pada 3 November, Jung-kook telah mengeluarkan album solo pertamanya “GOLDEN”. Selepas hampir dua minggu dikeluarkan, lagu utama bagi album solo tersebut iaitu “Standing Next To You” telah berjaya mencipta pelbagai rekod selepas meraih tempat pertama dalam carta 200 Billboard dan carta global Billboard.
Ianya sekali gus menjadikan ahli BTS itu sebagai penyanyi solo Korea pertama yang meraih kedudukan tersebut bagi tiga buah lagu iaitu “Standing Next To You”, “Seven” dan “3D”.
Dalam masa yang sama, rekod yang dicatat oleh ahli termuda BTS itu juga telah memecahkan dua rekod yang dibawa oleh penyanyi lagenda Korea, PSY.
Tidak ketinggalan, lagu “Standing Next To You” ini juga telah menduduki tempat pertama dalam carta jualan lagu digital Billboard dengan 84,000 muat turun berjaya dijual pada minggu pertama.
Malah, ianya juga telah membuatkan Jung-kook berjaya menduduki carta tertinggi Billboard selama tiga belas minggu berturut-turut.
Tahniah buat Jung-kook dan ARMY!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.