Utama K-Pop “Ini Untuk..” – Jungkook BTS Jawab Sebab Pilih Semua Lagu Bahasa Inggeris...

“Ini Untuk..” – Jungkook BTS Jawab Sebab Pilih Semua Lagu Bahasa Inggeris Untuk Album Solo

jungkook golden

Peminat pastinya seronok kerana Jung-kook BTS akan melancarkan album solo pertamanya tak lama lagi!

Untuk pengetahuan, selepas mengeluarkan single “Seven” dan “3D”, Jung-kook akan melancarkan album solo pertamanya “GOLDEN” pada 3 November nanti.

Khususnya, album tersebut akan mengandungi sejumlah 11 lagu dengan “Standing Next to You” sebagai judul lagu dan kesemuanya adalah dalam bahasa Inggeris.

Dalam satu sesi temu bual, ahli termuda BTS itu menjawab sebab dia memutuskan untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk kesemua lagu solonya,

Memandangkan album ini disediakan untuk pasaran muzik luar negara jadi, saya memilih semua lagu Inggeris. Semasa merakam, saya memutuskan untuk menyanyikan dalam bahasa Inggeris. Ia sangat sukar tetapi saya bekerja keras. Saya sangat gembira kerana keseluruhan lagu keluar dengan baik pada akhirnya.

jungkook bts

Tambah Jung-kook lagi,

Saya sentiasa mahu mencabar diri saya dalam muzik dan saya memikirkannya dari pelbagai sudut untuk menunjukkan pelbagai sisi. Saya juga ingin berpeluang untuk mengeluarkan lagu Korea sebagai hadiah secepat mungkin jadi saya bersyukur jika anda dapat menantikannya di masa hadapan.

Nantikan keluaran album “GOLDEN” pada 3 November ini jam 12 tengahari!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...