Lisa BLACKPINK memang tidak dinafikan merupakan antara selebriti Asia paling popular bukan sahaja di Korea, malahan di seluruh dunia.
Terbaru, Lisa berjaya mencipta rekod hebat apabila Instagram peribadi miliknya telah meraih lebih 90 juta pengikut, hanya dalam masa 4 tahun.
Dengan ini, selebriti dari Thailand itu telah memecahkan rekod selebriti Asia terpantas yang berjaya meraih 90 juta pengikut di Instagram, menewaskan Virat Kohli Bollywood yang mengambil masa 5 tahun 6 bulan.
Dengan bakat dan daya tarikannya yang tidak perlu dipersoalkan lagi, Lisa telah membuktikan populariti serta impak hebatnya dalam dunia K-Pop.
View this post on Instagram
Selain itu, kejayaannya ini juga merupakan bukti kerja keras, dedikasi dan sokongan setia yang diberikan peminat, memberi jaminan bahawa Lisa akan terus mendominasi dunia industri dalam pelbagai bidang.
Tahniah Lisa!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉