Ikuti Kami:

“Saya Orang Biasa..” – Meski Popular Seluruh Dunia, Peminat Puji Lisa BP Tak Pernah Sombong

“Saya Orang Biasa..” – Meski Popular Seluruh Dunia, Peminat Puji Lisa BP Tak Pernah Sombong

Meskipun sudah dikenali ramai, Lisa BLACKPINK nampaknya masih sentiasa merendah diri kepada orang ramai.

Terbaru, Lisa telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Harper’s Bazaar Singapura, di mana dia menjawab beberapa soalan yang menjadi tanda tanya buat peminat.

Khususnya ketika sesi temu bual, Lisa mengulas mengenai popularitinya,

Saya melihat diri saya sebagai orang biasa, tidak begitu berbeza dengan orang lain. Apabila saya tidak mempunyai jadual, saya biasanya tidur, pergi berjalan-jalan, dan beli makanan.

blackpink lisa

Walaupun sudah berjaya menempa nama di seluruh dunia kini namun, ahli termuda BLACKPINK itu mengaku bahawa dia sama sahaja seperti orang lain,

Saya menikmati detik-detik kebahagiaan yang kecil, sama seperti orang lain yang seusia saya.

Patutlah ramai sayang Lisa, sentiasa rendah diri!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...