Ikuti Kami:

Pecah Rekod, ‘BORN PINK’ BLACKPINK Jadi Album Paling Banyak Terima Pra-Tempahan

Pecah Rekod, ‘BORN PINK’ BLACKPINK Jadi Album Paling Banyak Terima Pra-Tempahan

Siap sedia semua, BLACKPINK akan kembali mendominasi dunia K-Pop!

Terbaru pada 11 Ogos, album penuh kedua BLACKPINK “BORN PINK” telah mula dijual secara pra-tempahan.

Hanya dalam masa 8 jam, album tersebut telah berjaya menjadi album oleh kumpulan gadis K-Pop yang menerima paling banyak pra-pesanan, melepasi 84,000 salinan di Ktown4u.

Bukan itu sahaja, kini, BLACKPINK juga telah memecahkan rekod dengan menjadi artis yang menerima pra-tempahan tertinggi untuk mana-mana album dalam sejarah Ktown4u, dengan album “BORN PINK” terjual melebihi 142,000 dalam masa 24 jam.

Dalam pada itu, BLACKPINK akan mengeluarkan single pra-keluaran “Pink Venom” pada 19 Ogos ini dan bakal melancarkan album “BORN PINK” pada September nanti.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...