BLACKPINK Umum Konsert Jelajah Dunia, Akan Datang Ke Malaysia 2023 Nanti
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Ada berita gembira buat semua peminat BLACKPINK di Malaysia!
Artikel Berkaitan
Pada 9 Ogos, BLACKPINK telah mengumumkan tarikh dan lokasi untuk konsert jelajah dunia “BORN PINK” mereka.
Bermula dengan konsert di Seoul pada 15 dan 16 Oktober, BLACKPINK kemudiannya akan ke Amerika Utara di mana mereka akan mengadakan 10 pertunjukan di tujuh bandar berbeza di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada.
Pada akhir November hingga Disember, kumpulan itu akan menuju ke Eropah dan kemudian menemui peminat di Asia dan Timur Tengah pada 2023.
#BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] SCHEDULE ANNOUNCEMENT
Official world tour website
▶️https://t.co/IjWlQFTzKL#BLACKPINK #블랙핑크 #WORLDTOUR #BORNPINK #SCHEDULE #ANNOUNCEMENT #YG pic.twitter.com/ADbNKbmIjz— BLACKPINKOFFICIAL (@BLACKPINK) August 8, 2022
Khususnya, BLACKPINK akan berjumpa dengan peminat di Kuala Lumpur, Malaysia pada 4 Mac 2023 nanti.
Segala butiran dan maklumat lanjut belum lagi dikeluarkan, namun peminat nampaknya dah boleh mula untuk kumput duit!
Terujanya!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




