Selain mempunyai wajah yang cantik, Jennie BLACKPINK juga turut mempunyai bentuk badan yang menjadi idaman ramai orang.
Terbaru, Jennie telah memuat naik video baru di saluran YouTubenya yang bertajuk “Vlog Jelajah Dunia Amerika Utara”.
Khususnya dalam video itu, Jennie dilihat pergi membeli-belah dan kemudiannya pergi ke sebuah restoran piza Chicago bersama pengurusnya. Menarik perhatian, idola itu berkata,
Saya tertanya-tanya sama ada piza di sini sedap. Adakah semua orang suka piza? Saya benar-benar tidak suka piza.
Apabila pengurusnya bertanya,
Berapa keping piza biasanya awak boleh makan?
Respon ahli BLACKPINK itu mengejutkan,
Saya adalah orang yang..hanya makan kerak hujung piza apabila seseorang sedang menikmati piza mereka.
Tambah Jennie,
Saya juga tidak pernah menyentuh hamburger atau piza ketika saya masih muda. Saya tidak menyukainya apabila saya tinggal di New Zealand. Saya hanya akan makan kentang dan sebagainya.
Patutlah Jennie senang jaga badan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉