Wow, Choi Si-won pasang niat nak kahwin la!

Baru-baru ini, Choi Si-won telah muncul sebagai tetamu dalam program “My Little Old Boy” bersama Lee Sang-min, Kim Jun-ho dan Heo Kyung-hwan, di mana mereka semua dilihat sedang mengayuh basikal di sekitar sungai Han.
Ketika sedang mengayuh basikal bersama panel yang lain, Choi Si-won tiba-tiba bertanyakan soalan tentang perkahwinan.
Sekarang ini saya ada masalah. Patutkah saya berkahwin?
Kemudian, Lee Sang-min membalas persoalan bintang idola itu dengan berkata,
Perkahwinan? Lebih baik melakukannya dari tidak melakukannya. Tidak salah kalau ingin mencuba.
Selepas itu, Choi Si-won turut menjelaskan tentang perbezaan umur Lee Sang-min dan anaknya apabila mencecah umur 60-an nanti.
Walaupun awak mempunyai anak ketika usia 40 tahun, jika anak awak sudah mencapai usia 20-an dan ingin memasuki universiti awak sudah pun berumur 60 tahun.
Balas Lee Sang-min,
Saya akan mati apabila anak saya berumur 20 tahun.
Semoga ada jodoh yang terbaik buat Choi Si-won.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉