Ikuti Kami:

Lee Dohyun Dilamar Sertai Lee Jaewook & Choi Siwon Untuk Tampil Dalam ‘Death’s Game’

Lee Dohyun Dilamar Sertai Lee Jaewook & Choi Siwon Untuk Tampil Dalam ‘Death’s Game’

Nampaknya, akan ada ramai pelakon hebat bakal muncul dalam drama “Death’s Game”!

Untuk pengetahuan, “Death’s Game” yang diterajui Seo In-guk dan Park So-dam, ialah drama penjelmaan semula fantasi berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama. Ia mengikuti seorang individu dalam krisis yang mengulangi kematian dan penjelmaan semula.

Sebelum ini, Jang Seung-jo, Lee Jae-wookChoi Si-won dan Sung Hoon telah menerima tawaran untuk membuat penampilan istimewa sebagai kameo dalam drama tersebut dan sedang menelitinya kini.

Terbaru pada 16 Mac, Lee Do-hyun juga dilapor akan membuat penampilan istimewa dalam drama yang sama, sebagai versi penjelmaan semula watak Seo In-guk.

lee dohyun

Tidak lama kemudian, agensinya memberi respon,

Lee Do-hyun ditawarkan untuk membuat penampilan istimewa dalam drama baru ‘Death’s Game’ kerana hubungannya dengan pengarah, dan dia secara positif menyemak tawaran itu.

Sementara itu, “Death’s Game” akan diarahkan oleh Ha Byung-hoon, yang pernah bekerjasama dengan Lee Do-hyun dalam “18 Again”.

Fuh, semua pelakon hebat ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...