Ikuti Kami:

Patut Tandatangan Dengan Agensi Song Joongki, Kim Seonho ‘Belot’ Kerana Tawaran Lebih Lumayan?

Patut Tandatangan Dengan Agensi Song Joongki, Kim Seonho ‘Belot’ Kerana Tawaran Lebih Lumayan?

Pelakon Kim Seon-ho baru-baru ini menandatangani kontrak eksklusif dengan Fantagio namun khabarnya ada kisah lain di sebaliknya.

Selepas pengumuman itu dibuat, rata-rata orang dalam industri meluahkan rasa terkejut kerana lelaki itu pada awalnya sudah diberitahu ‘pasti’ akan menandatangani kontrak bersama High Zium Studio iaitu syarikat pengurusan Song Joong-ki.

Namun, dia secara tiba-tiba mengubah keputusan dan memilih untuk menyertai Fantagio, syarikat pengurusan Cha Eun-woo. Oleh itu, ada yang berkata dengan sinis, “High Zium telah ditinggalkan,” dan “Adakah ini satu pengkhianatan?”

Kisahnya, Kim Seon-ho telah hampir memilih untuk menyertai syarikat Song Joong-ki. Namun, Fantagio dikatakan menawarkan kontrak dengan nilai yang besar lantas berjaya mengubah fikiran Kim Seon-ho. Menurut sumber industri, Kim Seon-ho ditawarkan kontrak bernilai lebih daripada 20 bilion won (RM61.4 juta).

kim seonho

Dari sudut pandangan Fantagio, mereka memerlukan pengemudi utama untuk menerajui syarikat di bahagian pelakon dek Cha Eun-woo, yang dijangka bakal menyepi seketika kerana menyertai perkhidmatan ketenteraan tidak lama lagi.

Walaupun kebanyakan kontrak eksklusif baru-baru ini tidak melibatkan bayaran pendahuluan, nilai besar kontrak Kim Seon-ho dianggap luar biasa, menunjukkan keyakinan Fantagio terhadap potensi bintang Kim Seon-ho.

Di pihak lain, Salt Entertainment, bekas syarikat pengurusan Kim Seon-ho, dikatakan agak terkilan kerana gagal untuk memperbaharui kontrak bersama Kim Seon-ho meskipun bekerja keras untuk melindungi lelaki tersebut Kim Seon-ho selepas menghadapi tuduhan berkaitan bekas teman wanitanya.

Mungkin Fantagio beri syarat kontrak terbaik antara kesemuanya, siapa tahu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...