Siapa sangka Kim Seon-ho bakal menjadi duta bagi satu produk yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia?
Terbaru, Mr Muscle Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah berjabat tangan bersama pelakon popular Korea itu sebagai wajah baru jenama mereka.
Malah jenama pembersihan terkenal itu turut mengadakan pertandingan buat pengguna di mana mereka boleh memenangi percutian 5 hari 4 malam di Korea Selatan.
View this post on Instagram
Komen peminat,
- Kalau beli, boleh dapat Seon-ho tak?
- Saya janji akan membersih dengan rajin.
- Arghhhh comelnyaaa!
- Tak sabar nak beli produk Mr Muscle.
Memang ramai lah rajin bersih rumah lepas ni.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi