Pasti ramai yang dah tak sabar nak lihat gandingan Park Solomon dan Kim Hye-yoon dalam drama “Human from Today” kan?
Patut tayang pada tahun ini, media melaporkan bahawa “Human from Today” telah menangguhkan tayangannya ke tahun 2026 nanti.
Sebagai respon, SBS mengesahkan,
‘Human from Today’ telah dijadualkan untuk disiarkan pada 2026. Bagaimanapun, tarikh dan slot masa tepat masih belum ditetapkan lagi.
Sementara itu, drama ini mengisahkan tentang gumiho unik yang hidup dengan risau sambil menjauhi lelaki dan melakukan kebaikan kerana takut menjadi manusia.
Nantikan info lanjut mengenai “Human from Today”!