Kim Hye-yoon dan Lomon akan bergandingan dalam drama yang sama!
“Human Starting From Today” mengisahkan gumiho unik yang hidup dengan risau sambil menjauhi lelaki dan melakukan kebaikan kerana takut menjadi manusia.
Kim Hye-yoon akan membintangi sebagai Eun-ho, gumiho Gen Z yang eksentrik dan tidak berminat untuk menjadi manusia. Menikmati masa muda yang kekal dan bahagian-bahagian yang menyeronokkan dalam kehidupan manusia.
Mankala Lomon akan memegang watak Kang Si-yeol, seorang pemain bola sepak bertaraf dunia yang terkenal dengan keyakinan dan keazamannya.
“Human Starting From Today” akan memulakan penggambaran penuh tak lama lagi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.