Ikuti Kami:

“Patut Ramai Sayang” – Bukan Hanya Kacak, Lee Jungjae Dedah Personaliti V BTS

“Patut Ramai Sayang” – Bukan Hanya Kacak, Lee Jungjae Dedah Personaliti V BTS

Nampaknya, hubungan antara Lee Jung-jae dan V BTS semakin rapat kini, selepas pernah bertemu beberapa tahun dahulu.

Terbaru, Lee Jung-jae telah terlibat dengan satu temu bual khas bersama media asing, di mana dia berkongsi mengenai pelbagai perkara.

Untuk pengetahuan, beberapa tahun lalu, pelakon “Squid Game” itu telah berkongsi swafotonya bersama V BTS, yang telah mendapat perhatian ramai orang. Ketika sesi temu bual berkenaan, dia berkongsi mengenai pertemuannya dengan idola popular itu,

Saya bertemu dengannya secara kebetulan pada pertemuan peribadi. Dia sangat peramah dan kami pun bertukar nombor telefon. Ketika itu, singlenya sudah hampir siap separuh jalan jadi, dia beri saya peluang untuk mendengarnya.

lee jungjae v

Sambung Lee Jung-jae lagi dengan memuji V,

Bukan sahaja mempunyai penampilan yang kacak, tetapi dia juga ada persoanaliti yang sangat menarik dan awak boleh tahu sebab mengapa dia sangat disayangi di seluruh dunia.

Memang patutlah ramai sayang V.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...