Mengejutkan apabila Lee Yoo-young mengumumkan bahawa dia sebenarnya sudah membina keluarga sendiri.
Agensi wanita itu mendedahkan bahawa dia baru sahaja berkahwin dan sedang hamil,
Lee Yoo-young dan suaminya yang bukan selebriti secara rasmi mendaftarkan perkahwinan mereka pada Mei tahun ini.
Tambah mereka,
Dengan kasih sayang dan kepercayaan yang mendalam antara satu sama lain, pasangan ini menjangkakan kelahiran anak pertama mereka pada bulan September.
Dalam pada itu, mereka tidak akan melangsungkan sebarang majlis perkahwinan buat masa ini. Agensi tersebut turut meminta sokongan baik dan ucapan tahniah daripada semua bagi menyambut fasa kehidupan baru Lee Yoo-young.
Terdahulu, pelakon wanita itu mengakui kisah percintaan pada tahun 2023 dan ia nyata menarik perhatian ramai kerana itu merupakan hubungan pertamanya selepas bekas kekasih, pelakon Kim Joo-hyuk meninggal dunia 6 tahun lalu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.