Bukan senang nak puaskan hati penonton K-Drama..
Selepas mengalami penurunan rating mendadak hingga berada dalam lingkungan 1% sahaja, “Dare To Love Me” sekali lagi menerima kritikan penonton.
Rata-rata penonton mempersoalkan fesyen yang dikenakan oleh Lee Yoo-young di mana dia digayakan seperti wanita yang lanjut usia meskipun baru berusia 34 tahun,
Lee Yoo-young layak mendapat watak yang lebih baik berbanding noona yang bodoh kerana cinta ini.
Peminat K-Drama turut meminta industri hiburan Korea untuk “menggayakan para pelakon dengan betul dan sesuai dengan usia mereka” termasuklah para pelakon wanita berusia 30-an yang lain.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.