Ikuti Kami:

Niat Ingin ‘Follow’ Instagram D.O. EXO, Kesilapan Kim Sohyun Ini Buat Ramai Tertawa!

Niat Ingin ‘Follow’ Instagram D.O. EXO, Kesilapan Kim Sohyun Ini Buat Ramai Tertawa!

Peminat pasti tahu bahawa Kim So-hyun pernah berlakon bersama D.O. EXO dalam sebuah projek sebelum ini.

Terbaru, D.O. telah membuka akaun Instagram peribadinya sendiri dan berjaya meraih lebih 1 juta pengikut, kurang dari 24 jam.

Sebagai rakan selebriti, pelakon Kim So-hyun juga nampaknya ingin mengikuti akaun Instagram D.O., memaparkan hubungan persahabatan mereka.

Bagaimanapun, pelakon wanita itu sepertinya keliru dengan username Instagram D.O. dan telah mengikuti akaun peminat yang mempunyai nama Instagram yang serupa dengan ahli EXO itu.

Pada masa yang sama, peminat yang perasan tentang situasi itu turut terhibur dengan Kim So-hyun yang tidak sedar bahawa dia mengikuti akaun yang salah.

Bagi yang belum tahu, D.O. dan Kim So-hyun pernah sama-sama membintangi filem “Pure Love”, ditayangkan pada 2016 dahulu dan merupakan sahabat baik.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...