Akhirnya, D.O EXO telah pun mempunyai akaun Instagram peribadinya sendiri!
Terbaru pada 10 Julai, D.O telah membuka akaun Instagram miliknya sendiri, selepas 10 tahun sejak debut.
Setakat 11 Julai jam 8 pagi, penyanyi itu telah berjaya meraih lebih 1.4 juta pengikut, membuktikan bahawa ramai peminat sudah lama menunggu akaun sosial media peribadi D.O.
View this post on Instagram
Selain itu, peminat juga telah menyatakan rasa teruja mereka dan meninggalkan komen seperti,
Saya terus follow serta-merta.
Saya tak percaya D.O akhirnya bukan akaun Instagram.
Seronok akhirnya dapat melihat kehidupan harian D.O.
Sementara itu, EXO baru sahaja melancarkan album ke-7 mereka “EXIST” dengan judul lagu “Cream Soda”.
Jangan lupa sokong tau!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉