Ikuti Kami:

“Patut Jumpa..” – Konon Nak Carikan ‘Jodoh’, Ramai Terhibur Dengar Kisah Lee Kwangsoo Kena ‘Prank’ Dengan Haha

“Patut Jumpa..” – Konon Nak Carikan ‘Jodoh’, Ramai Terhibur Dengar Kisah Lee Kwangsoo Kena ‘Prank’ Dengan Haha

Siapa yang tengok “Running Man” mesti tau kan yang Haha ni memang kerap menyakat Lee Kwang-soo!

Menerusi program Channel A “Today’s Man Life – Groom Class”, Kim Jong-min telah berjumpa dengan Haha untuk bercakap tentang rancangan perkahwinannya.

Khususnya, Kim Jong-min meluahkan rasa bimbang mengenai tetamu yang perlu dijemput ke majlis kahwinnya. Susulan itu, Haha terus menelefon Lee Kwang-soo dan bertanya,

Adakah awak akan datang ke majlis perkahwinan Jong-min?

lee kwangsoo haha kim jongmin

Jawab pelakon itu berseloroh,

Boleh ke saya fikir dulu?

Kemudian, Lee Kwang-soo juga sempat berkongsi bahawa dia pernah kena ‘prank’ dengan Haha sebelum ini, Katanya,

Haha hyung kata dia ada adik yang sangat sesuai dengan saya dan dia mahu saya keluar makan bersamanya. Jadi saya terus berpakaian kemas dan pergi. Kami sepatutnya berjumpa di sebuah hotel tetapi bila saya sampai je, ada nenek di sana! Mereka juga bingung. Nasib baik, saya tidak memegang apa-apa di tangan saya ketika itu.

Lahh bagi harapan palsu je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...