Ikuti Kami:

Patut Julai, Debut Park Seojoon Dalam Filem Hollywood ‘The Marvels’ Tunda Ke November

Patut Julai, Debut Park Seojoon Dalam Filem Hollywood ‘The Marvels’ Tunda Ke November

Debut Park Seo-joon di Hollywood, pasti ramai yang menantikan tayangan filem “The Marvels”, kan?

Sebelum ini, filem “The Marvels” telah mengumumkan tarikh tayangannya iaitu pada Julai 2023 nanti.

Bagaimanapun baru-baru ini, media asing melaporkan bahawa filem tersebut akan membatalkan tayangannya pada Julai dan ditunda ke tarikh baru,

Disney mengumumkan bahawa ‘The Marvels’ akan berubah tayangan dari musim panas ke musim luruh, iaitu pada 10 November 2023 ini.

Untuk pengetahuan, dalam filem ini Park Seo-joon akan memegang watak sebagai Putera Yan, suami kepada Kapten Marvel (Carol Danvers), iaitu watak yang dihidupkan oleh Brie Larson. Tambahan, wataknya juga adalah ketua di planet muzik di mana semua orang menyanyi dan berkomunikasi.

park seojoon the marvels

Selain itu, Putera Yan juga dijangka akan menyanyi dan mendeklamasikan puisi, meningkatkan jangkaan penonton untuk mendengarkan nyanyian pelakon lelaki itu serta melihat lakonan Park Seo-joon yang akan berbahasa Inggeris.

Sama-sama kita nantikan November ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...