Siap sedia semua untuk berjumpa dengan Park Seo-joon di Malaysia!

Umum pasti mengetahui bahawa Park Seo-joon merupakan duta buat Nestle MILO dan rakyat Malaysia juga boleh menemui pelakon itu di pembungkusan minuman coklat tersebut.
Terbaru, MILO telah mengumumkan bahawa Park Seo-joon akan berjumpa dengan peminat di Malaysia pada bulan 25 Februari ini.
https://twitter.com/MiloMalaysia/status/1620782923741016064?s=20&t=ZN4E6c0MOeX52fqN7Nw7Og
Bagi sesiapa yang berminat, anda berpeluang untuk berjumpa dengan Park Seo-joon dengan menyertai peraduan oleh MILO.
Rujuk poster di atas untuk ketahui lebih lanjut mengenai cara-cara penyertaan.
Jangan lepaskan peluang tau!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉