Ikuti Kami:

Patut Jadi Heroin ‘Queen of Tears’, Netizen Kata IU Lebih Bagus Dari Kim Jiwon?

Patut Jadi Heroin ‘Queen of Tears’, Netizen Kata IU Lebih Bagus Dari Kim Jiwon?

Sejak kebelakangan ini, semua peminat K-Drama memang tak lepas menonton “Queen of Tears”. Kalau tak tonton, memang tak vibe lah!

Walaupun Kim Ji-won diberikan pujian melambung kerana menghidupkan watak Hong Hae-in, watak pewaris kaya berjaya tapi ada yang mengatakan IU lebih layak membawa watak itu. Bagi yang tidak mengetahui, pada awalnya watak tersebut patut dilakonkan oleh IU namun wanita itu menolaknya kerana komitmen kerja yang lain.

Dalam sebuah entri di laman komuniti Korea, kata seorang individu,

Saya merasakan IU dan Kim Soo-hyun akan lebih hebat. IU pernah bekerja dengan Kim Soo-hyun dalam ‘Producer’ dan ‘Dream High’ malah IU lebih rapat dengannya dari Kim Soo-hyun, jadi mereka pasti tak kekok bersama.  Dan IU memang sesuai sangat dengan watak pewaris kaya!

iu kim soohyun

Walau bagaimanapun, entri itu dipenuhi dengan kritikan ramai di mana ramai bertegas bahawa Kim Ji-won adalah calon terbaik untuk watak itu,

  • Dari aspek wajah dan bakat lakonan, Kim Ji-won mendahului IU.
  • Kim Ji-won yang selamatkan watak itu.
  • Tak kisah sebanyak mana saya suka IU, Kim Ji-won adalah pelakon terbaik.
  • Saya tak rasa drama itu akan berjaya seperti ini. Ceritanya agak kebudak-budakan tapi Kim Ji-won dan Kim Soo-hyun selamatkannya.
  • Saya tengok sebab Kim Ji-won tau.

Pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Nate Pann

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...