Ikuti Kami:

Dalam Dunia Realiti, Pusat Beli Belah ‘Queen Of Tears’ Sebenarnya Dimiliki Keluarga Siwon SUJU

Dalam Dunia Realiti, Pusat Beli Belah ‘Queen Of Tears’ Sebenarnya Dimiliki Keluarga Siwon SUJU

Ramai rasanya yang memang peminat tegar drama “Queen Of Tears” kan?

Bagi yang tidak mengetahui, drama ini membawa kisah hubungan pasangan berkahwin iaitu Baek Hyun-woo, seorang pengarah perundangan di Queens Group dan Hong Hae-in iaitu CEO di Pusat Beli-Belah Queens yang berantakan kini meskipun dilamun cinta suatu ketika dahulu.

Mungkin korang tak tahu, tapi sebenarnya pusat beli-belah yang digambarkan di dalam drama itu sebenarnya dirakamkan di landskap popular di Korea iaitu Pusat Beli-Belah Hyundai. Malah ada peminat yang pernah melihat pelakon utamanya menjalani penggambaran di lokasi itu.

queen of tears

Tapi apa yang mengejutkan dalam dunia sebenar, pusat beli-belah tersebut sebenarnya dimiliki oleh keluarga Choi Si-won iaitu ahli Super Junior yang juga aktif sebagai pelakon kini. Malah bisnes itu memiliki keuntungan sebanyak 522 juta won. Bukan itu sahaja, ibu bapa lelaki tersebut turut dikatakan memiliki syarikat perdagangan di Jepun dan syarikat farmaseutikal di Korea. Wow!

Tak hairan lah, ahli Super Junior sering menceritakan mengenai kekayaan keluarga Choi Si-won.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Kmesh

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...