Ikuti Kami:

“Ada Kim Soohyun, Song Joongki” – Banding ‘Queen Of Tears’, Nazim Othman Hentam Produksi Drama Melayu

“Ada Kim Soohyun, Song Joongki” – Banding ‘Queen Of Tears’, Nazim Othman Hentam Produksi Drama Melayu

Bukan sahaja penonton yang bersuara, tapi sepertinya para pelakon di Malaysia juga tidak berpuas hati dengan kualiti produksi drama tempatan.

Terbaru, Nazim Othman telah meluahkan kekecewaan dengan situasi yang berlaku dalam produksi dan membandingkannya dengan drama popular “Queen Of Tears”. Katanya, dia kagum dengan kemampuan untuk membawa Kim Soo-hyun, Kim Ji-won dan Song Joong-ki di dalam satu babak yang sama.

Lelaki itu kemudiannya menyelar pe’el produksi tempatan yang tidak mampu untuk membayar secukupnya buat pelakon Malaysia malah sering meminta diskaun pada kadar bayaran tetap mereka bagi menyenangkan produser,

Sesetengah produksi akan melabel pelakon yang mempertahankan ‘rate’ mereka sebagai pelakon bermasalah atau demanding.

@nazothSekiranya tindakan mempertahankan hak sendiri dilabel sebagai “demanding” , yes I’m a demanding person.

♬ MONTAGEM – PR FUNK – Sped Up – S3BZS & MC GW & Mc Menor Do Alvorada

Jelasnya, bayaran untuk pelakon Malaysia sebenarnya agak rendah jika dibandingkan dengan kadar yang diterima pelakon dari rantau Asia Tenggara. Pun begitu, pihak produksi menjangkakan komitmen 100 peratus dari pelakon dan staf dengan bayaran yang tak setimpal langsung.

Nazim turut bertegas bahawa umum sebenarnya salah sangka bahawa selebriti hidup mewah, termasuklah terpaksa menyediakan pakaian serta ‘prop’ sendiri untuk produksi tanpa bayaran. Ish..

nazim othman

Rata-rata meninggalkan komen kesal dengan situasi berkenaan dan berharap akan ada kemajuan dalam norma produksi di Malaysia supaya karya kita boleh diangkat setaraf K-Drama.

Pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...