Ikuti Kami:

“Adi Putra Saing Hyunbin” – Foto Perkahwinan Son Yejin & Hyunbin Dalam ‘Lelaki Itu’ Tular

“Adi Putra Saing Hyunbin” – Foto Perkahwinan Son Yejin & Hyunbin Dalam ‘Lelaki Itu’ Tular

Terbuktilah pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin sebenarnya sangat popular di serata dunia termasuk Malaysia.

Terbaru, TV3 mengumumkan siaran rasmi drama “Lelaki Itu” yang diterajui oleh Adi Putra, Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Nadia Brian, Hannah Delisha, Aedy Putra dan ramai lagi.

Disebabkan oleh barisan pelakon yang mantap, sudah ramai yang ternanti-nanti untuk menonton drama dengan 30 episod ini selain turut teruja melihat beberapa gambar belakang tabir di set penggambaran.

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah gambar perkahwinan watak Adi Putra dan Sarimah Ibrahim dalam salah satu gambar itu. Walaupun hanya nampak sekilas namun semua perasan bahawa ianya disunting dari gambar perkahwinan pelakon Son Ye-jin dan Hyunbin.

lelaki itu

Kata mereka,

Dah kenapa guna gambar Son Ye-jin dan Hyunbin.

 

Adi Putra sesaing Hyunbin.

 

Gambar kahwin slide ketiga tu ganti kepala je ke?

 

Dah kenapa gambar kahwin gambar Hyunbin dengan Ye-jin?

 

Slides yang ketiga tu gambar wedding Hyunbin. Senang kerja salin muka lain je weh.

 

Wei gambar kahwin Hyunbin dengan Ye-jin ke tu HAHAHAHHA.

Kelakar lah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...