Sayangnya apabila drama dinantikan ramai tiba-tiba dibatalkan produksinya.
Menurut laporan media, drama “Genie, US” yang sepatutnya diterajui Lee Sang-yeob dan Jung Eun-ji dikatakan sudah membatalkan produksi mereka di pertengahan jalan.
Untuk pengetahuan, drama bergenre komedi, aksi, melodrama dan fantasi itu membawa kisah seorang pendakwa raya yang tiba-tiba memiliki kuasa luar biasa dek bahan asing dan melawan kuasa jahat yang cuba menakluki dunia.
Pun begitu, impian hanya tinggal kenangan apabila produksi naskhah itu terpaksa dibatalkan dek isu pelaburan dan pengurusan lantas kesemua jadual berkaitan ditangguhkan serta merta. Khabarnya, pelakon yang dipilih untuk menyertai siri ini juga sudah mencari naskhah lain kini.
Alaaa..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉