Ikuti Kami:

Lee Kwangsoo Tolak, Lee Sangyeop & Jung Eunji Dilamar Terajui ‘Genie, Us’

Lee Kwangsoo Tolak, Lee Sangyeop & Jung Eunji Dilamar Terajui ‘Genie, Us’

Sepertinya lama lagi peminat perlu menunggu drama terbaru daripada Lee Kwang-soo.

Pernah dilamar untuk menerajui drama “Hero”, namun khabarnya watak itu ditawarkan buat Lee Sang-yeop kini. Malah tajuknya juga ditukar kepada “Genie, Us”.

Drama ini membawa kisah seorang pendakwa raya yang tanpa sengaja dianugerahkan kuasa luar biasa kerana bahan asing dan seorang pelatih pasukan khas yang melawan kuasa jahat yang cuba menakluki dunia.

Dalam drama ini, Lee Sang-yeop dilamar membawa watak Oh Gyu-tae, seorang bekas pendakwaraya yang menganggur kini. Hidupnya kemudian berubah apabila dia boleh berkomunikasi dengan makhluk asing.

genie us

Jung Eun-ji dilamar membawa watak Yoo Ye-joo, pelatih unit melawan keganasan yang melindungi dunia dengan membantu Oh Gyu-tae.

Kedua-dua agensi mereka mengesahkan ada menerima tawaran dan sedang menelitinya kini. Dalam pada itu, tiada maklumat lanjut didedahkan lagi mengenai “Genie, Us”.

Okay tak gandingan mereka?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...