Ikuti Kami:

Meski Bukan Lagi Ahli, ‘Running Man’ Terus Peringati Lee Kwangsoo Di Perjumpaan Peminat

Meski Bukan Lagi Ahli, ‘Running Man’ Terus Peringati Lee Kwangsoo Di Perjumpaan Peminat

Sedar tak sedar, sudah lebih 2 tahun Lee Kwang-soo mengundurkan diri daripada “Running Man”.

Bagi yang tidak mengetahui, pelakon yang juga model itu terpaksa buat keputusan yang berat tersebut dek kecederaan pergelangan kaki yang membataskan pergerakannya. Bagi mendapatkan rawatan lanjut, dia akhirnya memilih untuk meninggalkan rancangan SBS berkenaan meskipun sudah lebih 10 tahun bersama.

Walaupun bukan lagi ahli kini tetapi Lee Kwang-soo tetap diingati setiap ahli dan staf produksi “Running Man”. Lihat sahaja lagu yang dinyanyikan oleh mereka di dalam perjumpaan peminat ‘A Decade Of Laughter’ di Manila, Filipina baru-baru ini.

Daripada lagu tema ‘I Like It’ yang pernah dipersembahkan di perjumpaan peminat di Korea Selatan pada 2020, nampaknya mereka terus mengekalkan lirik dengan nama Lee Kwang-soo di mana ia dinyanyikan oleh Yang Se-chan,

Junior pelawak dengan ketinggian 3 meter yang saya sayangi, Lee Kwang-soo.

Dalam video lain, Song Ji-hyo dilihat turut menari tarian ‘nyamuk’ yang dipopularkan oleh Lee Kwang-soo bersama seorang peminat yang berpakaian seperti zirafah.

Meskipun diari Lee Kwang-soo sebagai ahli “Running Man” sudah lama dinoktahkan namun ahli yang lain langsung tidak melupakan lelaki itu yang terus kekal dalam memori mereka dan peminat.

Rindu Lee Kwang-soo..

Kredit foto utama: allkpop

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...