Ikuti Kami:

Patut Disunting Dek Kes Pandu Ketika Mabuk, Babak Kim Saeron Dalam ‘Bloodhounds’ Tular

Patut Disunting Dek Kes Pandu Ketika Mabuk, Babak Kim Saeron Dalam ‘Bloodhounds’ Tular

Buat yang merindui lakonan Kim Sae-ron, boleh lah menonton siri “Bloodhounds” di Netflix kini.

Siri diterajui Woo Do-hwan dan Lee Sang-yi ini membawa kisah jenayah thriller yang mengikuti dua anak muda terperangkap dalam kancah ceti haram.

Walaupun diperkenalkan sebagai ‘tiga anak muda’ sebelum ini namun ia ditukar kepada dua lelaki muda selepas Kim Sae-ron terpalit dengan isu memandu dalam keadaan mabuk semasa penggambaran siri itu.

Walaupun pihak produksi mengumumkan bahawa gadis itu akan digugurkan dari “Bloodhounds” namun pengarah Kim Ju-hwan mengakui bahawa agak sukar untuk menyunting babaknya selepas mengambil kira keseluruhan plot.

Bagi yang tidak mengetahui, Kim Sae-ron terlibat dengan kemalangan kereta ketika memandu du Gangnam, Seoul. Pada ketika itu, paras alkohol Kim Sae-ron melebihi standard pembatalan lesen memandu.

Dia kemudiannya disabitkan kesalahan melanggar Akta Trafik Jalan Raya dan disaman sebanyak 20 juta won (RM71,663).

Korang dah tonton “Bloodhounds” ke?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...