Ikuti Kami:

Aksi Tinju Melawan Ceti Haram, Ini Sebab WAJIB Tonton ‘Bloodhounds’ Di Netflix Kini

Aksi Tinju Melawan Ceti Haram, Ini Sebab WAJIB Tonton ‘Bloodhounds’ Di Netflix Kini

Peminat drama aksi pastinya tak mahu terlepas menonton siri 8-episod iaitu “Bloodhounds” di Netflix.

Bagi yang tak mengetahui, drama ini membawa kisah peminjam wang yang cuba melawan ceti haram paling berkuasa di Korea.

Thrill mengajar ceti haram

[Amaran SPOILER]

Dari awal lagi, penonton disajikan dengan ketegangan perlawanan tinju antara Kim Gun-woo (Woo Do-hwan) dan Hong Woo-jin (Lee Sang-yi) yang mendebarkan. Meskipun sama-sama kuat, namun Kim Gun-woo menang tipis terhadap lawannya dan merebut hadiah utama bernilai 10 juta won (RM35,700) yang digunakan untuk membayar hutang ibunya.

Tidak terhenti di situ, lelaki itu kemudiannya membayar makan malam Hong Woo-jin dan persahabatan mula terjalin antara keduanya yang turut sama mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai tentera laut.

netflix bloodhounds

Langit tak selalunya cerah apabila ibu Woo-jin berterusan diganggu ‘ahlong’ (Park Sung-woong) yang tidak berhati perut. Malah kafe yang dimiliki wanita tua itu diserang oleh pengikut ceti haram itu hingga menimbulkan kekacauan. Walaupun Kim Gun-woo ialah seorang peninju hebat tetapi dia tidak dapat melawan konco geng yang ramai itu.

Pucuk dicita ulam mendatang, Hong Woo-jin yang mahu membantu sahabatnya itu menerima tawaran dari seorang bekas peminjang wang hebat untuk mencari cucu angkatnya iaitu Kim Hyun-joo (Kim Sae-ron). Dalam diam, gadis itu sebenarnya cuba mencari rahsia terselindung di sebalik ceti haram yang juga merupakan dalang yang memusnahkan kehidupan Kim Gun-woo.

Dengan misi yang sama, ketiga-tiga mereka membentuk trio hebat bagi melumpuhkan aktiviti haram ‘ahlong’ tersebut.

Syok ditonton

Hanya mempunyai 8 episod, penonton sudah pasti akan dapat melihat pergerakan aksi hebat peninju termasuklah gerak kaki unik dan lemparan tumbukan pantas yang nyata membuatkan adrenalin masing-masing meningkat.

netflix bloodhounds

Pun begitu, mungkin akan ada yang sedikit terganggu apabila watak Kim Sae-ron ‘hilang’ secara tiba-tiba di tengah cerita memandangkan babak melibatkan pelakon itu terpaksa disunting selepas terpalit dengan isu memandu dalam keadaan mabuk. Jangan risau kerana akan ada satu lagi watak wanita lain ditambah di mana ia dilakonkan oleh pelakon baru iaitu Jung Da-eun.

Kombinasi Woo Do-hwan dan Lee Sang-yi ternyata merupakan gandingan ‘fresh’ memandangkan satu watak adalah sangat jujur manakala seorang lagi adalah kelakar. Jadi, dalam ketegangan plot ini akan terselit sedikit babak ‘humor’ yang bakal membuatkan penonton tersenyum.

Apa lagi tunggu, jangan lupa saksikan “Bloodhounds” di Netflix sekarang juga!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...