Utama Celebrity News “Patut Dari Awal Mengaku” – Setahun Berlalu Dek Isu Plagiat Tesis, Hong...

“Patut Dari Awal Mengaku” – Setahun Berlalu Dek Isu Plagiat Tesis, Hong Jinyoung Menangis Kongsi Kerisauan

hong jinyoung

Selepas setahun lebih menghilangkan diri, akhirnya Hong Jin-young kembali menemui peminat dengan sebuah lagu baru.

Perlahan-lahan kembali dalam dunia seni, Hong Jin-young nyata tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya dalam sebuah temubual baru-baru ini.

hong jinyoung

Katanya sambil menangis,

Saya terfikir sama ada saya tidak boleh lagi berdiri di atas pentas. Bukan kah orang yang saya sayangi sudah berpaling tadah? Samapai terfikir sepatutnya dari awal saya mengaku, ‘Saya minta maaf, saya bersalah, saya melakukan kesilapan’, mesti lebih baik.

Apabila ditanya adakah dia tidak berkongsi kesedihan bersama umum kerana merupakan seorang selebriti, jawab Hong Jin-young,

Saya tidak mahu berkongsi kesedihan, jadi saya melaluinya berseorangan. Disebabkan hanya saya seorang sahaja di dalam agensi, sekiranya saya tidak aktif, syarikat tidak akan berfungsi. Jikalau saya tertekan dan mengalami kesukaran, para staf juga akan takut dan ianya akan menjadi lebih sukar. Disebabkan itu, saya menangis sendiri di dalam bilik.

hong jinyoung

Tambah penyanyi trot itu lagi,

Saya sangat merindui pentas dan sangat mahu menyanyi.

Semoga Hong Jin-young terus kuat dan mengambil iktibar daripada kesilapan lalu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERWikitree
Loading...