Pasti ramai kan yang teruja nak lihat gandingan IU bersama Byeon Woo-seok?
Sebelum ini, IU dan Byeon Woo-seok telah diumumkan bakal menemui penonton menerusi drama terbaru MBC berjudul “21st Century Grand Prince’s Wife”.
Namun pada 28 Mac, terdapat laporan menyatakan bahawa kedua pelakon itu telah memaklumkan kepada pihak produksi untuk menarik diri dari drama tersebut.
Sebagai respon, kedua-dua agensi dengan tegas menafikan laporan berkenaan dan berkongsi bahawa mereka sedang membuat persiapan dengan baik untuk memulakan rakaman.
Sementara itu, “21st Century Grand Prince’s Wife” adalah drama percintaan yang mengisahkan kisah cinta Sung Hee-joo, seorang waris chaebol yang mempunyai segala-galanya tetapi hanya berstatus orang biasa dan Lee Ahn, seorang putera raja yang tidak mempunyai apa-apa walaupun merupakan anak raja.
Haihh buat kita nervous je tau..