Pada 2 Disember, Kakao Entertainment mengumumkan bahawa IU dan Byeon Woo-seok akan menjadi pelakon utama dalam drama terbaru MBC berjudul “Wife of a 21st Century Prince”.
Ianya adalah drama percintaan yang mengisahkan kisah cinta Sung Hee-joo, seorang waris chaebol yang mempunyai segala-galanya tetapi hanya berstatus orang biasa dan Lee Ahn, seorang putera raja yang tidak mempunyai apa-apa walaupun merupakan anak raja.
Dalam drama ini, IU akan menemui penonton sebagai Sung Hee-joo, anak perempuan kedua dalam keluarga yang memiliki konglomerat terbesar di Korea. Namun, apabila status orang biasa menjadi penghalang dalam kehidupannya yang sempurna, dia akhirnya terjerat dengan Putera Lee Ahn.
Byeon Woo-seok pula akan tampil sebagai Lee Ahn, seorang putera raja yang tidak mempunyai apa-apa selain status diraja kerana dilahirkan sebagai anak kedua raja. Selepas bertemu Sung Hee-joo, dia mengalami perubahan besar dalam hidupanya.
Nantikan “Wife of a 21st Century Prince” yang telah dijadualkan untuk tayang pada separuh kedua 2025 ini!