Ikuti Kami:

Patut Berlakon Sekali, Han Sohee & Ryu Junyeol Dibuang Sebagai Pelakon Utama Dalam Naskhah Baru

Patut Berlakon Sekali, Han Sohee & Ryu Junyeol Dibuang Sebagai Pelakon Utama Dalam Naskhah Baru

Selepas berpisah, Han So-hee dan Ryu Jun-yeol nampaknya telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dalam satu projek.

Sebelum ini, Han So-hee dan Ryu Jun-yeol telah menerima tawaran untuk muncul dalam satu naskhah berjudul “Delusion”.

Bagaimanapun, selepas kontroversi dan perpisahan antara mereka, syarikat produksi mengumumkan bahawa kedua-dua pelakon itu telah dikeluarkan dari perbincangan untuk watak dalam projek berkenaan.

Memang benar bahawa Han So-hee dan Ryu Jun-yeol sedang dalam perbincangan untuk muncul dalam filem itu. Namun, kami telah menamatkan perbincangan tersebut kerana penampilan mereka tidak disahkan.

ryu junyeol han sohee

Agensi Ryu Jun-yeol juga tampil mengesahkan,

Memang betul bahawa Ryu Jun-yeol sedang dalam perbincangan untuk muncul dalam naskhah itu, tetapi syarikat produksi telah menamatkan rundingan tersebut.

Ryu Jun-yeol berasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku baru-baru ini dan bersetuju untuk menamatkan rundingan kerana dia tidak mahu kerja itu menerima apa-apa kesan selepas apa yang berlaku.

Risau juga tu kalau dorang nak berlakon sekali kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Hankook Ilbo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...