Ikuti Kami:

“Apa Yang Kelakar..” – Kecewa Ryu Junyeol Senyap, Han Sohee Tulis Mesej Panjang Lebar Kritik Hyeri & Persoal Sebab Dibenci

“Apa Yang Kelakar..” – Kecewa Ryu Junyeol Senyap, Han Sohee Tulis Mesej Panjang Lebar Kritik Hyeri & Persoal Sebab Dibenci

Walaupun isunya bersama Ryu Jun-yeol dan Hye-ri sudah semakin dilupakan tapi, Han So-hee nampaknya masih lantang menyuarakan perasaannya.

Terbaru pada 29 Mac, Han So-hee telah memuat naik mesej panjang di Instagram peribadinya, sekali lagi menafikan dakwaan bahawa hubungannya dengan Ryu Jun-yeol adalah ‘hubungan transit’, atau bermula apabila lelaki itu masih belum berpisah dengan Hye-ri.

Berikut adalah mesej Han So-hee yang telah diringkaskan,

Apa-apa lagi spekulasi tidak berasas ini benar-benar meletihkan saya.  Lebih khusus lagi, kami (dia dan Ryu Jun-yeol) bertemu tepat November 2023 di pameran foto (Ia adalah pertemuan pertama kami. Komen palsu yang mendakawa bahawa kami pernah kenal sebelum ini, saya akan mengabaikannya. Saya tak pernah bertemu dengannya di mana-mana acara atau secara peribadi kami juga tidak mengenali rakan yang sama. Beruang itu dibeli pada 2021 hadiah Kakao Talk).

Saya merasakan bahawa ini adalah hubungan yang saya perlukan dalam hidup saya. Apa yang penting untuk saya katakan di sini ialah saya sama sekali tidak berniat untuk mendekati orang ini dengan pemikiran untuk tidak menghormati masa yang dia habiskan bersama bekas kekasihnya. Ia adalah kebenaran bahawa mereka berpisah tahun lepas. Memang benar mereka mengucapkan selamat tinggal pada satu sama lain untuk kaali terakhir sambil mendoakan kesihatan dan kebahagiaan masing-masing (Saya tidak bermaksud untuk mendedahkan butiran sedemikian dalam hubungan peribadi mereka tapi saya ingin buktikan bahawa ini bukanlah ‘hubungan transit’). Walaupun saya tak boleh bercakap secara langsung mengenai ini sebab sunbaenim (Hye-ri) menulis dalam catatan permohonan maafnya bahawa dia telah berjanji untuk bertemu dengannya pada bulan November, saya tahu bahawa tujuan pertemuan ini bukanlah untuk menghidupkan semula hubungan mereka.

Sambungnya lagi,

Saya berbesar hati jika sunbaenim boleh menghubungi saya sendiri kerana saya telah cuba menghubunginya dalam apa jua cara yang saya fikirkan tetapi gagal. Saya juga kecewa dengan fakta bahawa seorang yang terlibat dalam perkara ini mendiamkan diri.

Saya dah pun minta maaf. Oleh kerana saya tidak dapat menghubunginya, saya tidak pasti sama ada dia telah melihat permohonan maaf saya tetapi saya harap dia tidak bimbang. Saya juga mohon maaf kepada peminat sunbaenim atas tindakan cuai saya. Apa yang saya tidak faham ialah apa yang melucukan untuk kekasihnya mendapat teman wanita baru. Mengapakah dia membuat teks mesej yang tidak bertujuan untuk menghidupan semula hubungan mereka? Ia seolah-olah mengadungi perasaan kesal dan menyebabkan orang anggap hubungan saya dengannya adalah ‘hubungan transit’.

Saya juga ingin tahu mengapa orang ingin menyerang saya dengan kejam, tidak memberi saya pilihan sama ada untuk memakai cincin persahabatan atau tidak, sama ada untuk tersenyum atau tidak tersenyum pada wartawan dan jurukamera yang tunggu saya di lapangan terbang yang sejuk. Kenapa awak benci saya?

Jika ada yang saya masih belum minta maaf, sila nyatakan apa itu.

Bagaimanapun, hanya selepas 10 minit, Han So-hee telah pun memadam hantaran berkenaan.

Setakat ini, pihak Hye-ri mahupun Ryu Jun-yeol masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan isu ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YTN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...