Ikuti Kami:

“Tak Dengar Nasihat” – Akui Sukar Dikawal, Pengurus Dedah Perangai Sebenar Han Sohee Di Luar Kerja

“Tak Dengar Nasihat” – Akui Sukar Dikawal, Pengurus Dedah Perangai Sebenar Han Sohee Di Luar Kerja

Jarang kan kita nampak selebriti Korea lantang bersuara sekiranya terpalit kontroversi?

Lain pula dengan Han So-hee yang tampil mempertahankan dirinya selepas teruk dikritik mengenai isu percintaan dengan Ryu Jun-yeol, dengan memberi respon di Instagram peribadinya dan juga membalas banyak komen netizen.

Terbaru, media melaporkan bahawa Han So-hee memang terkenal dengan tingkah lakunya tidak terkawal. Dedah pengurus yang bekerja dengannya,

Han So-hee tidak terkawal ketika di luar kerja.

Selain itu, laporan turut mendakwa bahawa walaupun dia rapat dengan syarikatnya serta menerima sokongan untuk kerjanya, pelakon “Nevertheless” itu dikatakan tidak akan mendengar secebis nasihat dari mereka untuk perkara yang melibatkan kehidupan peribadinya.

Menurut sumber,

Han So-hee tidak dikawal di luar kerja. Dikatakan bahawa walaupun dia mempunyai hubungan rapat dengan syarikat yang menjadikannya peringkat teratas di Korea, mengatasi Jun Ji-hyun dan menerima 1.3 bilion won untuk penampilannya dalam iklan setiap tahun, kehidupan peribadinya tidak boleh diganggu. Ia adalah keseimbangan kehidupan kerja tetapi, syarikat akan bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan.

Sebelum ini, Han So-hee telah membalas banyak komen netizen yang mengkritiknya di laman Blog. Antara respon wanita itu,

Saya sedih kerana imej itu ialah persona berharga yang direka peminat dan orang lain, dan bukannya saya tapi saya dengan rendah menerimanya walaupun imej itu sudah pun rosak kerana insiden ini.

 

Ya, saya rasa sikap saya terlalu melulu. Saya bertindak tanpa berfikir kerana saya merasa setiap tindakan saya dipandang buruk dek isu ‘transit’ hubungan dan pelbagai perkataan kunci yang melekat padanya.

 

Saya tak mendengar hal perpisahan itu secara peribadi namun saya menulisnya berdasarkan artikel pada Jun tahun lalu. Kalau ianya biadap, saya akan memadamnya. Ia adalah bukti bahawa saya tak mengambil alih hubungan itu (transit) dan saya juga merasakan  agak kurang ajar apabila perkataan itu digunakan.

Ohh sebab tu la..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...