Ikuti Kami:

Patuh Undang-Undang Negara, 7 Perkara Ini ‘Haram’ Dilakukan Di Korea Selatan

Patuh Undang-Undang Negara, 7 Perkara Ini ‘Haram’ Dilakukan Di Korea Selatan

Mungkin di negara kita benda-benda ini dibolehkan.

Jika korang bercuti atau melancong ke Korea Selatan, jangan pernah sesekali cuba melakukan 7 perkara ini.

Meludah di tempat awam

perkara yang diharamkan di korea selatan

Walaupun korang mungkin melihat beberapa orang meludah di jalanan di Seoul, perbuatan ini sebenarnya adalah haram dan boleh dikenakan denda jika ditangkap oleh pihak berkuasa.

Tatu

perkara yang diharamkan di korea selatan

Di Korea Selatan, tatu pada asasnya adalah haram kerana pembuat tatu mestilah mempunyai lesen yang sah. Walaupun begitu, studio ataupun kedai tatu masih beroperasi di Korea Selatan kerana kekurangan penguatkuasaan. Selain itu juga, proses untuk membuat tatu adalah amat menyakitkan dan boleh memudaratkan diri. Kebanyakan agensi hiburan di Korea Selatan menasihatkan artis di bawah naungannya untuk tidak mendapatkan tatu.

Skirt pendek

perkara yang diharamkan di korea selatan

Jika memakai skirt pendek di Korea Selatan, korang boleh dikenakan denda sebanyak 50,000 KRW (RM180). Pada tahun 2013, bekas Presiden Park Geun-hye meluluskan undang-undang di mana orang yang dianggap ‘terlalu terdedah’ di khalayak ramai akan dikenakan denda itu.

Permainan dalam talian 

perkara yang diharamkan di korea selatan

Juga dikenali sebagai ‘Undang-undang Penutupan’, kerajaan Korea Selatan telah melarang kanak-kanak di bawah umur 16 tahun untuk bermain permainan video dalam talian dari jam 12:00AM hingga 6:00AM. Oleh kerana pemain di negara ini mesti log masuk dengan nombor ID mereka, ternyata cara ini sangat berkesan.

Merokok

perkara yang diharamkan di korea selatan

Walaupun merokok adalah perkara biasa di Korea Selatan dan negara lain, tetapi melakukannya di tempat awam sebenarnya adalah dilarang. Sesiapa yang ditangkap merokok dalam kawasan larangan akan dikenakan denda sebanyak 100,000 KRW iaitu bersamaan dengan RM360.

Pornografi

Walaupun penapisan pornografi menjadi lebih longgar sejak akhir-akhir ini, kerajaan Korea Selatan masih menyekat banyak aplikasi yang dianggap terlalu lucah.

Kedai jalanan (streed food)

perkara yang diharamkan di korea selatan

Ramai peniaga jalanan sebenarnya beroperasi secara haram. Sejak 2011, adalah menyalahi undang-undang untuk mengendalikan gerai jalanan dan tindakan keras akan diberikan kepada sesiapa yang didapati menjalankan perniagaan seperti itu. Walau bagaimanapun, bermula 2019, peniaga jalanan dapat menjalankan perniagaan mereka dengan syarat perlu memperbaharui lesen perniagaan pada setiap tahun.

Namun disebabkan oleh undang-undang yang tidak ketat pada masa kini, ada beberapa perkara di atas sudah menjadi normal bagi rakyat Korea Selatan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...