Ikuti Kami:

Bawa Pulang Barang Menarik, Jangan Lepaskan Peluang Beli 5 Cenderamata Ini Ketika Bercuti Ke Korea

Bawa Pulang Barang Menarik, Jangan Lepaskan Peluang Beli 5 Cenderamata Ini Ketika Bercuti Ke Korea

Terfikir nak beli apa di Korea?

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 barangan Korea yang boleh dibeli sebagai cenderamata semasa bercuti di sana.

Produk kecantikan Korea

cebderamata untuk dibeli di korea

Sudah banyak produk Korea yang telah masuk pasaran Malaysia. Tidak boleh dinafikan rakyat Malaysia sudah mula mempercayai keberkesanan produk kecantikan dari sana. Petua untuk jimat, korang boleh beli produk jenama Korea jauh lebih murah di negara ini.

Tempat untuk membeli: Hooks Korea.Co, The Mask Shop, PrettySkin 1st Store, Skin Food

Hanbok

cebderamata untuk dibeli di korea

Hanbok merupakan pakaian rasmi tradisi masyarakat di Korea. Pada masa kini, ia hanya dipakai pada majlis-majlis khas atau semasa sambutan ulang tahun. Hanbok boleh dijadikan hadiah yang menarik dan boleh juga dipakai pada banyak majlis yang berbeza di Malaysia. Ini merupakan hadiah yang hebat dari Korea untuk dibelikan kepada keluarga mahupun kawan-kawan.

Tempat untuk membeli: Pasar Gwanjang

Seramik buatan tangan

cebderamata untuk dibeli di korea (3)

Seramik buatan tangan ini pasti digemari para ibu. Ianya sangat cantik dan merupakan idea yang bernas untuk menjadikannya cenderamata. Terdapat pelbagai hasil tangan tradisional yang dihasilkan seperti set mangkuk buatan tangan. Untuk sesuatu yang lebih moden, korang boleh pilih periuk batu berwarna-warni. Dengan begitu banyak pilihan yang tersedia, korang juga boleh mencari cenderamata seramik Korea untuk dijadikan hadiah perkahwinan.

Tempat untuk membeli:  Icheon Ceramica, Seoul Pottery

Teh Korea

Teh adalah sebahagian daripada budaya Korea, jadi jangan lepaskan peluang untuk bawa pulangnya sebagai cenderamata. Sama ada korang sedang mencari teh hijau, teh hitam atau teh herba, terdapat banyak pilihan yang tersedia. Malahan, teh Korea boleh didapati di kebanyakan kedai runcit dan gedung serbaneka di seluruh Korea Selatan.

Tempat untuk membeli: Tea Therapy Anguk, Beautiful Tea Museum

Kraftangan Korea

cebderamata untuk dibeli di korea

Jika korang ingin membeli sesuatu yang unik dari Korea untuk diri sendiri mahupun kawan-kawan, korang boleh beli kraftangan istimewa air tangan orang Korea. Contohnya korang  boleh cetak nama sendiri pada t-shirt, topi, mug dan banyak lagi.

Tempat untuk membeli:  Korean National Souvenir Center, Machu Picchu MyeongDong

Selamat membeli belah korang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...