Mesti ramai kan yang pernah layan drama “Twenty Five, Twenty One”?

Baru-baru ini, Choi Hyun-wook telah berkongsi foto Bona dari drama barunya “Pyramid Game” di Instagram Story, beserta mesej sokongan yang ditulis,
Lakonan orang ini sangat ‘gila’ dalam ‘Pyramid Game’. Anda tidak akan menyesal menontonnya.
Untuk pengetahuan, Kim Ji-yeon atau lebih dikenali sebagai Bona dari kumpulan WJSN, sedang membintangi drama thriller “Pyramid Game” kini, mengisahkan tentang kehidupan di sekolah menengah perempuan Baekyeon dimana setiap pelajar akan dinilai melalui populariti mereka.
Pernah sama-sama muncul dalam “Twenty Five, Twenty One” pada 2022 dahulu, peminat rata-rata terharu melihat sokongan yang diberikan Choi Hyun-wook kepada Bona meskipun drama itu sudah lama tamat.
Rindunya Moon Ji-woong dengan Ko Yu-rim!