Ikuti Kami:

“Takkan Nak Nafi Lagi” – Frédéric Arnault Hadir Beri Sokongan Buat Persembahan Solo Lisa BP Di Paris

“Takkan Nak Nafi Lagi” – Frédéric Arnault Hadir Beri Sokongan Buat Persembahan Solo Lisa BP Di Paris

Nampaknya, pasangan ‘kekasih’ Lisa BLACKPINK dan Frédéric Arnault sentiasa setia memberikan sokongan pada satu sama lain.

Terbaru pada 27 Januari, Lisa telah melakukan persembahan solo pertamanya selepas keluar dari YG Entertainment, di pentas konsert amal ‘Le Gala des Pièces Jaunes’ yang berlangsung di Paris.

Menerima sokongan dari peminat yang sudah menunggu bermula seawal jam 1 pagi, idola itu telah ‘menggegarkan’ pentas dengan persembahan untuk lagu “Lalisa”, “Money” dan “SG” duet bersama DJ Snake.

Bukan sahaja peminat dan ibu bapanya, kekasih khabar angin Lisa iaitu Frédéric Arnault juga turut dilihat hadir, dijangka untuk memberikan sokongan buat wanita itu.

Meskipun hubungan antara mereka masih belum disahkan lagi hingga ke hari ini namun, terdapat banyak hantaran yang dikongsi peminat menunjukkan Lisa dan Frédéric sering meluangkan waktu bersama-sama di Paris.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa Frédéric dan keluarganya hadir ke situ, kerana mereka merupakan salah seorang penaja untuk konsert amal berkenaan.

Kalau betul mereka bercinta pun, apa salahnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...