Buat lah apa pun, nampaknya ramai yang masih menyokong ‘love line’ antara Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook.
BACA: “Yoo Jaesuk Tak Nak Pandang Saya” – Ahli ‘Running Man’ Kekok Lihat Perut Song Jihyo
Malah hal ini turut ditanya semasa perjumpaan peminat “Running Man” di Manila, Filipina baru-baru ini. Menerusi siaran episod terbaru program itu, terselit perbualan antara ahli dan pengacara,
Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo sangat popular di Filipina.
Jawab pelakon wanita itu,
Kami hanya keluarga.
Yoo Jae-suk dan ahli lain kemudiannya menyuruh mereka menyapa hingga ke penghujung pentas sambil menyanyikan lagu perarakan perkahwinan. Marah Kim Jong-kook,
Diam, gila ke..
Usik ahli lain selepas melihat ‘fan service’ pasangan itu,
Mereka pasangan bisnes..
Ulas Yang Se-chan terkejut,
Saya ingat mereka bercium.
Apabila Kim Jong-kook bertanya mengapa memperbesar-besarkan hal itu, jawab Yoo Jae-suk,
Mereka (peminat) sukakannya. Mereka tahu awak berdua kawan sahaja.
Dalam pada itu, apabila ditanya siapakah ahli paling popular, kesemua penonton sebulat suara menjerit ‘Song Ji-hyo’ sekaligus membuktikan kepopularitian wanita itu di sana.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉