Utama Celebrity News Pasangan Bahagia, Jung Kyungho Sokong Acara Maraton Anjuran Bapa Sooyoung

Pasangan Bahagia, Jung Kyungho Sokong Acara Maraton Anjuran Bapa Sooyoung

sooyoung jung kyungho

Sudah lama bercinta, Soo-young dan Jung Kyung-ho setia memberikan sokongan pada satu sama lain.

Baru-baru ini, Yayasan Pencegahan Kebutaan Korea telah menganjurkan acara maraton, yang turut disertai atlet profesional dan ramai selebriti.

Khususnya, Soo-young Girls’ Generation turut dilihat hadir, memberi sokongan buat bapanya yang merupakan pengasas kepada yayasan itu.

Bukan itu sahaja, teman lelakinya iaitu Jung Kyung-ho juga telah menyertai acara maraton tersebut, untuk meraikan dan mengucapkan tahniah kepada para peserta.

Selepas perlumbaan itu tamat, mereka berdua dilihat duduk bersebelahan, membuatkan ramai orang turut bergembira dengan hubungan mereka.

Alahai jarang lah tak bersemut dorang ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...