Ikuti Kami:

Park Sunghoon & Ryu Hyunkyung Putus Setelah 6 Tahun Bercinta

Park Sunghoon & Ryu Hyunkyung Putus Setelah 6 Tahun Bercinta

Pelakon Ryu Hyun-kyung dan Park Sung-hoon dikhabarkan sudah putus cinta. Eh…

Pasangan itu dikhabarkan telah memutuskan hubungan percintaan mereka yang telah berlangsung selama 6 tahun dan turut bersetuju untuk kekal sebagai kawan.

Ryu Hyun-kyung dan Park Sung-hoon telah mula bercinta setelah mereka berkerjasama dalam satu teater “Almost Main” pada tahun 2016. Mereka mula mengumumkan hubungan mereka kepada khalayak ramai pada Mac 2017 dan menerima sokongan yang mengujakan daripada peminat. park sunghoonHubungan percintaan mereka juga kian meraih perhatian apabila mereka mula menggunakan nama panggilan ‘manja’, “Boxumum” dan “Boxabum” di akaun Instagram mereka. Namun, desas-desus hubungan mereka berakhir adalah apabila keduanya tidak lagi menggunakan nama panggilan itu.

Dek kerana itu, mereka tampil mengesahkan perkara tersebut namun masih mahu mengekalkan hubungan antara mereka sebagai kawan.

Hmm, tak apa lah… nak buat macam mana kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...