Ikuti Kami:

Park Sunghoon Sah Sertai Song Hyekyo Dalam Siri Pembalasan Dendam ‘The Glory’

Park Sunghoon Sah Sertai Song Hyekyo Dalam Siri Pembalasan Dendam ‘The Glory’

Nampaknya Park Sung-hoon bakal berlakon dalam sebuah drama baru tak lama nanti.

Menurut laporan orang dalam industri, lelaki itu bakal menyertai Song Hye-kyo, Lee Do-hyun dan Im Ji-yeon dalam siri Netflix iaitu “The Glory”.

Ditulis oleh Kim Eun-sook, “The Glory” membawa kisah licik dan sedih mengenai seorang wanita yang merencana pembalasan dendam setelah sekian lama.Semasa di sekolah menengah, dia berimpian untuk menjadi arkitek namun terpaksa berhenti sekolah selepas dibuli dengan kejam. Sejak itu, dia menantikan hingga pembulinya berkahwin, mempunyai anak yang kemudiannya memasuki sekolah rendah. Bertahun merancang, wanita itu memulakan rencana membalas dendam yang mendalam dan terdesak terhadap pembuli dan individu yang hanya melihatnya tanpa melakukan apa-apa sebagai guru kelas anak mereka.

park sunghoon

Respon agensinya mengenai berita itu,

Park Sung-hoon sah bakal menyertai ‘The Glory’. Maklumat mengenai wataknya masih lagi dirunding.

Dengan kepelbagaian teraju utama ini, penonton nyata tidak sabar menantikan bagaimana mereka semua bakal bertemu di dalam siri pembalasan dendam ini.

Dalam pada itu, “The Glory” akan ditayangkan dalam format bermusim di mana musim pertama ini mempunyai 8 episod.

Nantikan maklumat lanjut mengenainya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...